Sunday, 24 November 2013

Manfaat Senyum

Lately nie Syakyila rasa sibuk sangat, maklumlah dah dekat dengan penghujung semester. But dalam kesibukkan sempat jugak la berjalan-jalan ambil angin.. Syakyila pergi kat Pantai Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.. Memang best.. Tapi tak boleh la nak mandi manda kat pantai tu.. hehe.. Masa tengah kelam kabut, busy2 macam nie perasaan kita memang akan jadi sensitif yer?? :-) Terpulang pada individu.. Syakyila memang sensitif sikit but Syakyila ada senjata rahsia yang bukan rahsia iaitu SENYUM..

Nak tau apa kuasa senyum boleh buat??

1. Apabila seseorang tu rasa macam nak marah, but bila kita paksa diri kita untuk senyum kemarahan itu akan berkurangan.. Tak caya?? buatlah..

2. Senyum dapat mengurangkan kesakitan seseorang.. Agaknya sebab tu la kalau dalam anime jepun, hero tu senyum bila sakit.. maybe mesejnya itulah.. hehe..

3. Nak nampak cantik ? Cuba senyum.. Automatik muka yang tak cantik jadi cantik..

4. Senyum mengurangkan tekanan darah.. Agaknya sesiapa yang ada darah tinggi tu sebelum check tekanan darah, senyumlah banyak-banyak mana tau kadar bacaan tekanan darah menurun.. belum try, tak tahu kan..

5. Senyum juga boleh berjangkit. Macam mana? Senyumlah dengan sesiapa pun yang kita jumpa kebiasaannya pasti individu berkenaan akan membalas senyuman tu..

6. Senyum adalah sedekah yang paling mudah. Tak perlu keluarkan duit, tenaga.. cuma niat untuk jalin ukhuwah atau membuat orang lain gembira dah dapat pahala. Senang kan?? 


Wednesday, 28 August 2013

Kami banyak perbezaan namun harmoni bila disatukan..part 2


My sister and I banyak persamaan... hehehe..

1. Kelahiran

hehe... betul apa.. kami lahir di hospital yang sama, punya ibu bapa yang sama... hehehe..


2. Hobi

Kami berdua suka shopping... pergi pasar malam.. suka makan.. hehehe... paling best kami suka pergi kem.. hehe.. macam-macam kem kami da pergi bersama.. paling best disebabkan muka kami tak sama dan personaliti pun agak berbeza, rakan-rakan baru pasti tidak mengenali atau syak kami adalah adik-beradik.. so, kalau ada orang yang kutuk salah seorang dari kami.. pasti termalu sendiri.. hehehe.. Nasib lar.. :-)


3. Pencapaian..

Kami berdua ada pencapaian yang sama iaitu pernah bergelar pemidato dan pernah dapat anugerah.. walaupun tidaklah gah sangat but I'm proud of her..

4. Warna

Warna kegemaran kami banyak yang sama untuk sesetengah barang.. contoh, warna baju, handbag and shoes.. Cantik di mata saya, cantik jugalah di mata dia.. huhuhu..

setakat ni je lah.. ni bukan nak promote my sis just nak share... bahawasanya, adik-beradik tu kalau jauh macam mana pun tetap adik beradik.. AIR DICINCANG TIDAKKAN PUTUS..




Tuesday, 27 August 2013

Kami banyak perbezaan namun harmoni bila disatukan..



My sister and I have a lots of diferent.. BANYAK PERBEZAAN.. hehe..

Sementara mata nak terpejam sambil teman adik yang ketiga duk studi nie.. Tiba-tiba je rasa nak tulis pasal my sister and I. hehe..

1. Masa studi.

      Masa untuk kami mengulangkaji pelajaran adalah berbeza.. Jika saya lebih senang dan fokus untuk studi pada waktu tengah pagi iaitu diantara jam 3pagi hingga 6pagi manakala si adik pula lebih senang studi di malam hari sehingga lewat malam dan adakalanya hingga ke jam 2 pagi.. Jarang sekali si adik ni nak studi pada awal pagi like me kecuali masa exam.


2. Rupa paras.

  haha.. yang ini memang selalu diperkatakan oleh orang-orang sekeliling yang mengenali kami. Seriously,memang ramai yang terkejut setiap kali kami memperkenalkan diri masing-masing sebagai siblings. Adik Syakyila ni memang agak tinggi dan matanya agak sepet, manakala saya agak rendah dan bermata agak besar..

3. Ciri-ciri jejaka idaman.

Si adik nie memang suka guys yang pakai cermin mata but me lebih suka yang tidak pakai cermin mata..

4. Makan.

Syakyila suka sangat makan durian but my sis, bau durian pun tak boleh.. hehe.. Kekadang bila Syakyila makan durian Syakyila mesti usik dia dengan cara duduk dekat-dekat dengan dia or kejar dia sampai keliling rumah bagi dia bau durian yang melekat kat tangan and baju.. Bila lagi boleh mengusik dia kn... hehehe

Sebenarnya banyak jugak perbezaan tapi yang ni paling ketara..hehehe.. so, lepas ni Syakyila akan kongsikan apa pulak lah persamaan kami..

Monday, 26 August 2013

IKAN LAMPAM KUKUS

MALAS NAK MASAKKKK??

TRY THIS..


Pada asalnya Sya nak masak ikan kukus tapi malas pulak nak keluarkan pengukus. So,terciptalah resepi nie.. hehehe.. menu simple but sedap  jugak..

Bahan-bahan
1 ekor ikan lampam
·         Halia - dikisar
·         Bawang putih - dikisar
·         Bawang putih - dikisar
·         Bawang merah - dikisar
2 sudu sos tiram
Lada sulah
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
1 cawan air
 7 helai daun kunyit

Cara memasak
Perap ikan dengan semua bahan di atas,
then lapik kuali dengan daun kunyit,
letakkan ikan yang di perap di atas daun kunyit yang dilapik di atas kuali,
tutup ikan dengan daun kunyit,
then masukkan satu cawan air kemudian tutup kuali dengan penutup.
Biarkan dalam 10-15 minit, then tutup api..
Siap..

Selain ikan lampam, boleh jer guna ikan lain macam ikan siakap, ikan termenung ke.. Apa-apa ikan yang selalu kita buat masak kukus. Bahan-bahan yang dinyatakan adalah mengikut saiz ikan yang saya gunakan, but saya rasa masak ni campak-campak je asalkan jangan terlebih garam or serbuk perasa je.. hehe.. J

Selamat mencuba..

Saturday, 24 August 2013

WELCOME TO MY BLOG




Bismillahhirahamnirahim...
Assalammualaikum...

WELCOME TO MY BLOG....

Alhamdulillah.. dah lama nak buat blog ni sebenarnya.. but baru sekarang diizinkan.. menulis untuk mendidik diri menjadi lebih RAJIN.. hehe.. lagi pada asalnya nak berkongsi cerita dan apa-apa sahaja walaupun tidak lah mengikut sangat isu semasa..

Buah rambutan di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan..


Me,
Syakyila Abdullah.