Tuesday, 27 August 2013

Kami banyak perbezaan namun harmoni bila disatukan..



My sister and I have a lots of diferent.. BANYAK PERBEZAAN.. hehe..

Sementara mata nak terpejam sambil teman adik yang ketiga duk studi nie.. Tiba-tiba je rasa nak tulis pasal my sister and I. hehe..

1. Masa studi.

      Masa untuk kami mengulangkaji pelajaran adalah berbeza.. Jika saya lebih senang dan fokus untuk studi pada waktu tengah pagi iaitu diantara jam 3pagi hingga 6pagi manakala si adik pula lebih senang studi di malam hari sehingga lewat malam dan adakalanya hingga ke jam 2 pagi.. Jarang sekali si adik ni nak studi pada awal pagi like me kecuali masa exam.


2. Rupa paras.

  haha.. yang ini memang selalu diperkatakan oleh orang-orang sekeliling yang mengenali kami. Seriously,memang ramai yang terkejut setiap kali kami memperkenalkan diri masing-masing sebagai siblings. Adik Syakyila ni memang agak tinggi dan matanya agak sepet, manakala saya agak rendah dan bermata agak besar..

3. Ciri-ciri jejaka idaman.

Si adik nie memang suka guys yang pakai cermin mata but me lebih suka yang tidak pakai cermin mata..

4. Makan.

Syakyila suka sangat makan durian but my sis, bau durian pun tak boleh.. hehe.. Kekadang bila Syakyila makan durian Syakyila mesti usik dia dengan cara duduk dekat-dekat dengan dia or kejar dia sampai keliling rumah bagi dia bau durian yang melekat kat tangan and baju.. Bila lagi boleh mengusik dia kn... hehehe

Sebenarnya banyak jugak perbezaan tapi yang ni paling ketara..hehehe.. so, lepas ni Syakyila akan kongsikan apa pulak lah persamaan kami..

No comments:

Post a Comment